Monday, 11 March 2013

Kereta melayang

Failure? Eh apa yg aku fail? Fail dlm SPM? Ouhh tidakk, mintak dijauhkan T____T Aamiiin

Aku tunggu di tepi bukit sebelum nama dipanggil. Aku x rasa cuak. Hairan. Lelaki yg ada di sebelah kiriku punya sebelah, x berenti dok vibrate-kan kakinya, habis satu bangku terasa vibration, rilek la der! Aku dah la tgh berusaha nak calm down jantung aku yg mulai menari tarian DUP DAP bila hampir tiba nomborku untuk dipanggei. Tambah bila aku dah mula ketaq, perut aku otomatik akan hasilkan gas particles dan digestive system aku akan mulai aktif, time2 cmnilah nak aktif ponn =..= Hang x berenti vibrate satgi aku terkentut satgi baru ada akai, pengsan jugak satgi nak test JPJ xleh kena buat ulangan pulak 2 minggu lagi.

Minta maaf akan ketidaksenonohan aku. (Y) -___-

"Okay nombor 6,7,8, dan 9 boleh masuk kereta" - pakcik JPJ announced.

Kami berjalan menuju kereta masing-masing yg telah tersedia.

Aku? Aku nombor 9. Dengan over-confidentnya aku jalan masuk keta kancil kelisa kecik toik tu, tunggu giliran mendaki bukit. Aku usha keta sebelah, kak India tu buat tanda 'good' (Y), sambil mulut trkumat-kamit 'good luck'. Aku membalasnya dengan senyuman. Yeahh, inilah masanya! Aku boleh buat! Aku boleh lakukannya! Aku akan pass dan dapat lesen hari ni jugak!

Cewahh memang semangat habes. Calon nombor 6 dan 7 dah lepas. Aku x pastilah depa luluih ka x. Ahh x kesah lah. Pakcik JV yg kering (cara bacaan dia --> caring) bagi kata2 terakhir kepada calon2 yg sedang brsedia trmasuk aku.

"Adik, rilek jaa. Buat macam biasa, macam dok slalu buat masa latihan." - pakcik JV

Aku senyum, tanda suro pakcik tu cepat cakap habes sebab aku nak try fokus nih, no 8 (kereta kak India tu)  tengah buat test, lepas ni aku pulak. Haishh.

*Tekan clutch*
*Masuk gear satu*
*Turun hand break*

AKU. DAH. BERSEDIA. (Y)

Giliran aku dah tiba. Akhirnya! Kaki kiri mulai angkat clutch perlahan-lahan. Kereta x bergerak lagi. Kaki diangkat lagi, x jalan lagi. Kaki diangkat lagi, dia mulai jalan. Perlahan. Lembab. Aku punya la takut enjin mati, tiba-tiba kaki kanan gatai pi tekan minyak! Tekan kuat pulak tu!

Fuhh akhirnya kereta naik jugak diatas bukit. Aku pulak steady jaa jalan, bersyukur enjin x mati. Tetapi!
Time ni otak aku pulak yg lembab. (Y)

Naik bukit? Naik dah. Masalahnya calon kena bagi tayar depan berenti di dlm kawasan line kuning atas bukit tuu, baru boleh jalan turun dari bukit. Aku dah sampai puncak bukit, kaki masih dok tekan minyak. Bila keta dh melepasi line kuning tu mula lah nak kalot. Gelabah mcm cacing kesejukan. Bila kalot otak takleh nak pkiaq dah. Kaki nak cari break tapi krja dok tekan minyak, mcm pa lagii.

Akibatnya...
KERETA MELAYANG  ~(-____-)~ Lajuu ja turun bukit, tanpa toleh dah kt pakcik JPJ. (Y)

Pakcik JPJ truih angkat tangan :" GAGAL!" Waarrgghhhhhh!!! Kekejaman disitu.

Aku rasa aku boleh buat. Kenapa jadi mcm nih?! :'( Kenapa kaki aku xleh tekan break masa kt line kuning tuh?! Kenapa derek tekan minyak ja?! Jawapannya...sebab otak lembab.

Dengan ini aku GAGAL kt bukit, maksudnya, aku gagal bahagian kedua. Parking xleh buat, pusingan 3 penjuru xleh buat, kenalah tunggu untuk bahagian 3 iaitu jalan raya. Rasa kecewa ada, tapi cepat ja dia hilang, lepas tu aku mcm feeling-less. Bila hntaq msej kt mak menceritakan kisah duka di bukit JV, barulah ayaq mata nih rasa nk keluaq. Hati senang lembut bila kita luahkan kt org lain. Aku ingat nk keraskan skit hati nih, x boleh jugak. Tapi aku x la nangeh, depan org ramai kott, no wayy!

"Buat jalan raya leklok, baca bismillah" - mak

Baru aku tringt! Patutlah aku fail...huhu, nak buat test JPJ tapi kat Allah S.W.T. x ingat langsung, pastuh over-confident boleh buat. At least basmallah kena lah baca, barulah hati ni x mudah panik sangat bila ujian. Haish salah aku, salah aku. Ampunilah dosaku Ya Allah. :'(

SubhanaAllah. Aku dengaq pesan mak aku. Basmallah dibaca, doa naik kenderaan diulang byk kali! Punyalah takut fail lagi. Tapi Alhamdulillah berkat doa, ujian jalan raya aku luluih (Y), dapat pakcik JPJ yg x garang pulak tu, nasib baik! ><

Dalam apa jua ujian dan rintangan yg kita hadapi, sentiasalah memohon pertolongan daripada Allah S.W.T. , supaya dipermudahkan segala urusan. Pengajaran utk aku dan untuk kamu, sahabats! <3

4 comments:

  1. It's okay Atip , try again ! I wish you luck :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pikah. >< RM 95 melayang untuk test ulangan (Y) haishh hahaa

    ReplyDelete
  3. x pa atip..nnt usaha lg...baca bismillah bnyak2...all the best...aku kena selasa ni...:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih As...hehehee, good luck tau esok! :DDD

    ReplyDelete

Anything you would like to say?